Quantcast
Channel: MIG – Galaksi Media
Viewing all 18 articles
Browse latest View live

(HIBURAN) “Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa” (KAMDRS) di pawangam bermula 14 Ogos 2014 ini.

$
0
0

Kawan Aku Mati Dalam Rumah SewaSMALL

“MANGKIN PRESTIJ” masih dikira nama baru di dalam industry penerbitan filem di Malaysia, namun begitu kesungguhan yang ditunjukan oleh pemiliknya iaitu Madam Jane Lim dalam mengembalikan kegemilangan filem Melayu tempatan khususnya amatlah dihargai. Selepas berjaya dengan filem “Ia Wujud” yang menjadi filem pertama terbitannya, “Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa” (KAMDRS) menjadi filem kedua terbitan Mangkin Prestij.

Menurut pengarahnya, Hashim Rejab, dia yang menampilkan pelawak-pelawak baru dalam filem pertama arahannya ini percaya dengan kemampuan bakat-bakat baru ini dalam menjayakan KAMDRS dan beliau percaya penerimaan filem yang bergenre komedi kini sangat diterima oleh lapisan masyarakat. Tambah Hashim, penghasilan filem pada masa kini tidak dinafikan perlu diukur terhadap permintaan penonton kerana penonton yang menjadi kayu pengukur terhadap kejayaan serta penerimaan sesebuah karya itu. Filem bergenre komedi-seram ini menampilkan trio kumpulan Bocey yang terdiri daripada Abam, Acey dan Fad selain turut dibarisi Yassin SYJ dan juga Epy Kodiang.

Kawan Aku Mati Dalam Rumah SewaSMALL3

SINOPSIS KAWAN AKU MATI DALAM RUMAH SEWA

Cerita ini menceritakan tentang kehidupan 3 rakan baik yang tinggal bersama di rumah sewa. RUDY, pelakon extra yang sentiasa memainkan watak hantu dalam setiap filem. AKHIR pula adalah seorang pekerja di sebuah stesen minyak dan REMY adalah seorang pengilap kasut. Mereka menyewa rumah yang dimiliki oleh PAK CIK OSMAN BASAH.

P1150721

Pada suatu hari, anak saudara PAK CIK OSMAN BASAH iaitu SAIPOL ingin menumpang di rumah mereka. SAIPOL yang merupakan seorang mat rempit telah memenangi perlumbaan motor secara haram dan membawa pulang sejumlah wang ke rumah tersebut.

P1220625

SAIPOL yang terkejut dengan kehadiran RUDY berpakaian hantu terkejut dan meninggal dunia. REMY dan AKHIR yang kebetulan balik ke rumah sewa tersebut turut sama panik dengan kejadian tersebut.

P1160876

Pelbagai usaha dilakukan oleh mereka bertiga untuk memastikan kematian SAIPOL serta dalam masa yang sama cuba menyembunyikan kematian tersebut dari pengetahuan PAK CIK OSMAN BASAH.

P1170083

Apakah yang berlaku seterusnya? Saksikan “Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa” (KAMDRS) di pawangam bermula 14 Ogos 2014 ini.


(HIBURAN) Inspirasi Dari Kisah Benar Dalam “NASI TANGAS”

$
0
0

Nasi Tangas Poster

Filem ke 95 terbitan Metrowealth ini merupakan filem seram yang diinspirasikan berdasarkan pada ceri sebenar yang pernah berlaku dalam masyarakat hari ini. Filem ini telah diarahkan oleh pengarah tersohor Hashim Rejab dan membariskan pelakon – pelakon yang terdiri daripada Adiba Yunus , Azwan Kombos , Shima Anuar dan Along Eyzendy  serta dibantu oleh pelakon berpengalaman seperti Delimawati dan juga Den Wahab serta kemunculan istimewa penyanyi Herman Tino yang memegang watak EMBAH SENU (bomoh) turut sama membantu menjayakan filem yang mana lokasinya pengambarannya dilakukan di sekitar lembah klang . Jangan lupa untuk menyaksikan file mini dipawangan tempatan pada 18 September 2014.IMG_4079

 Sinopsis 

Hairi ( Azwan Kombos ) dan Fatin ( Shima Anuar ) merupakan sahabat baik dari universiti lagi . Keakraban mereka membawa mereka sehingga ke alam pekerjaan dimana mereka bersama – sama membuka sebuah restoran dan mengusahakan restoran tersebut hingga berjaya . Pada masa yang sama , Hairi mempunyai seorang teman wanita , Mira ( Adiba yunus ) .

Persahabatan Hairi dan Fatin seringkali menimbulkan rasa negatif di hati Mira kerana Fatin lebih memahami dan mengenali Hairi melebihi dirinya . Akhirnya , Hairi mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Mira dan hal ini dikemukakan kepada Fatin . Walaupun , ianya adalah keputusan yang tidak di duga namun Fatin dengan rela hati menerima keputusan Hairi tersebut . Setelah berkahwin , kehidupan rumahtangga Hairi dan Mira sangat bahagia namun perkara lain pula yang timbul apabila kedua- duanya sering diganggu . Bukan itu saja , Fatin dan Mira juga mempunyai perasaan yang berbeza . Adakah Mira tidak dapat mengatasi rasa cemburunya terhadap persahabtan Hairi dan Fatin atau apakah fatin yang sebenarnya tidak pernah menganggap Hairi sebagai kawan biasa

IMG_5089

IMG_5298

IMG_5059

IMG_2420

IMG_2291

(HIBURAN) Filem “KAKI KITAI”

$
0
0

604147_857195030968769_8407852858253758725_n

Metrowealth (MIG) bakal mempertaruhkan ayam tambatan mereka sekali lagi di layar perak. Shaheizy Sam bakal tampil di dalam filem ke 98 terbitan MIG yang bertajuk “ KAKI KITAI”. Sebuah filem yang baru dan segar mengikut kehendak penonton terkini. Jika di sebut Kaki Kitai, pasti ramai tertanya-tanya apakah maksud Kaki Kitai. Apakah yang cuba di sampaikan oleh pihak MIG tentang filem ini? Kaki Kitai di ambil dari bahasa pasar yang sering di gunakan bagi menggambarkan individu yang suka menipu untuk kepentingan diri sendiri. Dengan kata lain, Kaki Kitai bermaksud kaki tipu.

Kaki Kitai yang merupakan garapan kali pertama Pengarah Muda MIG iaitu Amiro Ghazali kali ini menampilkan barisan pelakon seperti Shaheizy Sam, Fezrul Khan, Farid Kamil, Adam Corrie,Along Eyzendy dan juga Epy Kodiang. Emily Chan pelakon baru MIG juga berlakon di dalam filem ini disamping Zalif Sidek, Faith Zakie dan Your. Jalinan antara komedi dan aksi yang disampaikan juga seakan dekat dengan jiwa penonton. Komedi yang diterapkan dalam filem ini disampaikan secara bersahaja oleh pelakon-pelakon yang hebat ini.

Amiro Ghazali, seorang pengarah muda di bawah Skim Pengarah Muda MIG dan filem Kaki Kitai merupakan filem pertama beliau. Menjadi tanggungjawab dan amalan MIG unuk memberi peluang kepada pengkarya muda untuk membuktikan kebolehan mereka. Syabas MIG atas peluang yang diberikan.

Sinopsis Filem Kaki Kitai

Mengisahkan tentang 2 orang sahabat GRENGGO/DIN (Shahziey Sam) & AYOI (Fezrul Khan) yang kurang cerdik datang dari kampung dan cuba berlagak pandai. Din pula sudah 3 tahun menetap Kuala Lumpur. Kisah bermula apabila Din menyambut Ayoi yang baru tiba dari kampung di stesen bas. Mereka dengan tidak sengaja telah mengganggu operasi pihak polis yang sedang bertugas dan telah menimbulkan kemarahan INSPEKTOR FARID ( Farid Kamil). Inspektor Farid kebetulan adalah sahabat baik Din & Ayoi sewaktu di bangku sekolah. Ada sahaja karenah mereka yang telah mengganggu kerja Inspektor Farid hingga beliau telah di tegur oleh pihak atasan.

Kisah tragis bermula apabila Mafia Geng Lidi yang di ketuai oleh BRANCO (Adam Corrie) menyimpan dendam terhadap Inspektor Farid lalu menculik MIMI (Emily Chan) anak DATO’ JAMAL (Kapten Md Nor). Mimi adalah tunang kepada Inspektor Farid. Mafia Geng Lidi meminta duit tebusan jika mahu Mimi selamat dan Inspektor Farid perlu membuat plan untuk menangkap penculik itu. Segala plan di rancang dengan teliti agar tidak terbongkar seperti di mana duit itu mahu diletakkan.

Segala plan yang di rancang akhirnya kencudang apabila Din & Ayoi dengan tiba-tiba telah mengambil duit tebusan itu dengan tidak sengaja. Din & Ayoi telah menggunakan duit tersebut untuk membayar segala hutang piutang dan yang selebihnya di belanjakan. Di sebabkan ini, Din & Ayoi menjadi buruan pihak polis dan juga Mafia Geng Lidi. Geng Lidi berjaya menangkap Din & Ayoi dan inginkan duit tebusan yang sepatutnya menjadi hak milik mereka akan tetapi duit itu di curi oleh pihak Ah Long. Geng Lidi memberi tempoh kepada mereka untuk mendapatkan balik duit dalam masa 3 hari.

Dalam masa 3 hari untuk mendapatkan balik semua duit tebusan? Bagaimanakah dengan Mimi,adakah Mimi berjaya diselamatkan? Adakah Inspektor Farid berjaya untuk menangkap penculik Mafia Geng Lidi?

Jangan lupa ke panggung pada 20 November 2014 untuk sama –sama menyaksikan kesudahan filem KAKI KITAI.

(HIBURAN) Filem “Kasut Ku Kusut”

$
0
0

MalamPratontonFilemKasutKuKusut16Disember201451_zps09dcaa6e

KASUT KU KUSUT menjadi filem penutup untuk tahun 2014 yang pertaruhkan genre komedi yang sentiasa diterima baik oleh penonton khususnya. Filem arahan Pierre Andre ini akan menemui penonton di pawagam pada 18 Disember 2014.

10382150_871873926167546_7879890121740029874_n

Shaheizy Sam menjadi peneraju utama filem ini yang turut bergandingan buat pertama kalinya bersama pelakon meningkat naik dari Singapura iaitu Atikah Suhaime. Turut sama membintangi filem ini adalah Epy Kodiang, Along Eyzendy, Pablo Amirul dan turut menampilkan pelakon-pelakon berpengalaman iaitu Kamarool Haji Yusoff dan juga Khatijah Tan. Lokasi utama penggambaran yang dibuat sekitar Kampar, perak ini pastinya membantu dalam memberi suntikan suasana kampung yang menjadi latar cerita.

Antara plot yang menarik dalam Kasut Ku Kusut ialah cerita ini mengenai seorang lelaki yang bernama Manap (Sam). Manap kehilangan kasut yang dia beli dengan hasil titik peluhnya. Nak dijadikan cerita si Manap ni pun pergi ke satu majlis kahwin bekas teman wanitanya. Tiba-tiba kasut yang disayangi bagai menatang minyak yang penuh tu pun hilang dengan sekelip mata. Siapa pula yang kebas ni kan? Cari punya cari si Manap terbabit pulak dalam kes penculikan Suzie (Atikah Suhaime) & ternampak penculik tersebut iaitu Marcos (Pablo Amirul) memakai kasutnya yang hilang tu. Berjaya ke Manap mendapatkan semula kasutnya?

(HIBURAN) HANTU BUNGKUS IKAT TEPI bakal gamatkan pawagam

$
0
0

Hantu Bungkus Ikat Tepi

Filem melayu terbaru bagi bulan April ini, dimulakan dengan sebuah filem komedi seram berjudul ‘Hantu Bungkus Ikat Tepi’. Menampilkan lakonan Nora Danish, Tauke Jambu, Yus Jambu dan Abam Bocey. Saksikan filem ini dipawagam mulai 9 April 2015. Sebuah filem arahan Hashim Rejab.

1907516_932394540115484_7642557894889343867_n
SINOPSIS HANTU BUNGKUS IKAT TEPI
Mengisahkan tentang tiga sahabat baik iaitu Fuad (Tauke), Fadli (Yus) dan Fendi (Abam) yang terjumpa mayat yang berlumuran darah terbaring di atas jalan semasa menaiki kereta pada malam hari. Mereka yang panik telah memegang pisau di sisi mayat lelaki tersebut, tanpa menyedari cap jari masing-masing terlekat pada bahan bukti utama itu.
Mereka kemudian mengambil keputusan untuk membungkus dan menanam mayat tersebut dengan ikatan di bahagian kepala disengetkan sebagai tanda mayat itu ditanam apabila polis menemuinya nanti. Walau bagaimanapun selepas kejadian tersebut, perkara yang tidak baik berlaku kepada mereka apabila dihantui oleh roh yang mahu jasadnya disempurnakan. Mereka terpaksa meminta bantuan Mimie  (Nora Danish) untuk mencari semula mayat tersebut dengan harapan roh tersebut tidak lagi mengganggu mereka. Mimie terjebak secara tidak langsung dengan tiga sahabat tadi dan membantu menjejak semula mayat  yang ditanam Fuad, Fadli dan Fendi.
Tajuk : Hantu Bungkus Ikat Tepi
Tarikh Tayangan : 9 April 2015
Genre : Komedi / Seram
Pengarah : Hashim Rejab
Pelakon : Tauke, Yus, Abam Bocey, Nora Danish, Farid Kamil, Kartina Aziz, Zalif Sidek, Niezam Zaidi
Terbitan : Metrowealth

(HIBURAN) “Misi Rayyan & Danish : Jangan Ambil Rumah Kami“

$
0
0

ECARD MISI RAYYAN DANISH

Sebuah filem terbitan Mangkin Prestij iaitu “Misi Rayyan & Danish : Jangan Ambil Rumah Kami” bakal menemui penonton semua tidak lama lagi iaitu pada 20 Ogos ni.

ryan

SINOPSIS :

“Misi Rayyan & Danish : Jangan Ambil Rumah Kami“ berkisahkan tentang dua orang adik-beradik yang telah kehilangan ibu bapa mereka. Ibu bapa mereka telah meninggal dunia akibat kemalangan udara. Namun mereka ditinggalkan dengan sejumlah harta dan sebuah rumah yang besar tersergam indah.
AMANDA peguam peribadi dan satu-satunya kenalan rapat keluarga tersebut mencari pewaris yang boleh menjaga Rayyan & Danish sehingga usia mereka 18 tahun. Secara tiba-tiba muncul KATRINA, HAKIM dan DANIAL yang mengaku mereka adalah pewaris terdekat kepada arwah SYED AL MAHFUZ dan SHARIFAH FARIZA.

Tujuan utama mereka bertiga adalah untuk mengaut semua harta peninggalan yang ada dan tujuan tidak elok mereka diketahui oleh Rayyan & Danish, maka bermulalah adegan-adegan lucu dan strategi yang dilakukan oleh dua beradik genius tersebut untuk menghalang waris-waris yang mahu mengambil rumah pusaka mereka.

Tapi berjaya ke dorang merampas rumah peninggalan Rayyan dan Danish? Semuanya akan terjawab pada 20 Ogos 2015 ini dalam “Misi Rayyan & Danish : Jangan Ambil Rumah Kami” yang tentunya akan membantu adik-adik dekat luar sana tu untuk menyempurnakan misi. Tunggu!

TAJUK : MISI RAYYAN & DANISH : JANGAN AMBIL RUMAH KAMI

BAHASA : MELAYU (MALAYSIA)

EDARAN : METROWEALTH SDN BHD

GENRE : DRAMA

PELAKUN UTAMA : Intan Ladyana, Azwan Kombos, Sharisa Haris, Hanif Safuan, adik Muntaza Ghani, adik Firdaus Ghufran

(HIBURAN) Filem Badi –“Yang Mati Belum Tentu Pergi “

$
0
0

FA-Poster-Badi-1-432x634

MIG kembali dengan filem yang ke 108 iaitu filem BADI. Kali ini MIG mempertaruhkan filem bergenre seram yang dihasilkan oleh Eyra Rahman seorang pengarah wanita yang telah banyak menghasilkan filem pelbagai genre diantaranya Aku Terima Nikahnya, Pengantin Malam, Gudang Kubur dan banyak lagi.

mek-634x422

Genre seram yang diangkat kali ini merupakan realiti kehidupan harian namun melalui filem ia semestinya perlu diselitkan unsur pengajaran agar dapat memberi panduan serta kesedaran terhadap masyarakat khusunya. Filem Badi menampilkan elemen khas Mak Yong sebagai subjek latar . Seni tari asli Mak Yong mempunyai keunikan serta auranya yang tersendiri selain aura yang “sesuatu”. Filem Badi bakal menemui penonton pada Oktober 15, 2015 di semua pawagam yang berdekatan.

DSC2850-634x423

MIG senantiasa memberi ruang dan peluang untuk bakat-bakat baru untuk menceburkan diri dalam industri hiburan. Didalam filem Badi kali ini menampilkan 90% bakat-bakat baru untuk menyinar dan mengasah bakat yang ada. Adiba Yunus & Azwan Kombos dipilih sebagai watak utama dalam filem Badi kali ini. Pelakon yang lain seperti Hanif Safuan, Sharisa Haris, Navilya Husna, Ayang Abbas, Atikah Suhaime, Eppy Kodiang dan tidak lupa pada pelakon yang berpengalaman iaitu Rashidah Jaafar

DSC0667-634x423

Sinopsis Filem Badi

Joe (Azwan Kombos), Faiz (Hanif Safuan), Tania (Sharisa Haris) dan Kila (Navilya Husna) merupakan pelajar medik yang sedang menjalani latihan disebuah hospital. Pada suatu hari, mereka berempat telah diberi tugasan dimana mereka perlu menjalankan pemeriksaan anatomi terhadap mayat Mek Nak (Rashidah Jaafar). Mungkin kerana usia masih muda, sewaktu pemeriksaan dijalankan, mereka telah melakukan banyak perkara yang melanggar etika seorang doktor dan juga sesama manusia.

DSC2311-634x423

Sarah (Adiba Yunus) bertemu dengan Joe sewaktu menuntut jenazah Mek Nak di hospital dan Joe juga banyak membantu dalam proses pengambilan jenazah Mek Nak. Atas rasa simpati dan hormat, Joe membuat keputusan untuk ke kampung Sarah bagi menghadiri pengebumian Mek Nak. Rakan-rakan Joe yang lain turut sama mengikuti Joe ke kampung dan sewaktu perjalanan telah berlaku sesuatu yang tidak diduga.

DSC4252-634x423

Rupanya pelbagai peristiwa dan kejadian telah dialami sewaktu mereka berempat berada di hospital , di kampung Sarah dan juga bila mereka pulang ke bandar.

DSC1585-634x423

Seorang demi seorang mengalami gangguan ataupun terkena badi Mek Nak kecuali Kilakerana Kila terus membersihkan dirinya setelah tiba di rumah. Hal ini agak mengganggu fikiran Joe, Tania dan Faiz. Kebetulan sewaktu Joe ke kampung bertemu Sarah sekali , Kila telah menunjukkan sesuatu kepada Tania dan Faiz dimana bertambah lagi persoalan siapakah Mek Nak dan kenapa berlakunya gangguan ini?

DSC8007-423x634

Apakah yang akan berlaku seterusnya? Adakah gangguan itu benar? Adakah gangguan itu benar dari Badi Mek Nak atau siapa? Siapakah perempuan selain Sarah didalam gambar ini? Siapakah Udin dan apakah dia ada kena mengena dengan Mek Nak? Semua persoalan bakal menemui jawapannya pada Oktober 15,2015

kredit artikel : nannie isa/Kitepunye Dot Com

(HIBURAN) Rani Kulup bakal mengegar panggung wayang tempatan

$
0
0

12279.LINE_zpsfdqyyaciKipidapp! Selamatkan Hari Jadi membuka lembaran 2016 untuk filem MIG yang bakal ditayangkan pada 17 mac 2016. Filem itu, yang memulakan penggambaran Ogos tahun lalu, membariskan Hafreez Adam, Atikah Suhaime, Kartina Aziz, Vicha Saywho, Julia Farhana Marin dan Aizat Hassan serta kemunculan istimewa Rani Kulup yang membawakan watak Tok Daddy . 

_DSC1588TAMPIL dengan imej beret merah, berbaju seragam berwarna merah dan hitam, kelibat Abdul Rani Kulup Abdullah, sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Malah, Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) sudah cukup dikenali kerana beliau sering membuat laporan polis berkaitan isu semasa terutamanya hal yang menyentuh agama Islam dan kedaulatan raja-raja Melayu. Turut digelar ‘Raja Report’, kelibat Rani Kulup ada lebih mesra di panggil Ayah, akan dapat dilihat menerusi filem pertama lakonannya, Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi terbitan Metrowealth Picture (MIG).  “Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi” diterbitkan oleh MIG Pictures Sdn Bhd dan diarahkan oleh pengarah tidak asing lagi, Eyra Rahman._DSC0680

Sinopsis:

Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi mengisahkan Sapura (Atikah) seorang peguam, bercinta dengan seorang pelakon yang sedang meningkat naik iaitu, Eddie (Hafreez). Dunia mereka yang berbeza membuatkan Sapura sering rasa tergugat dengan hubungan percintaan mereka lebih-lebih lagi Eddie sering digosipkan dengan seorang pelakon bernama Maya (Julia). Disebabkan rasa sayang dan cinta, Sapura terpaksa menerima apa sahaja yang berlaku dengan perhubungan cinta mereka.

Atok Sapura, Tok Daddy (Rani Kulup) dan nenek Sapura, Nanny Rockie (Kartina) atau nama sebenarnya Nek Rokiah membesarkan adik Sapura yang lain iaitu Akim, Afiq dan Sarah selepas kematian ibu serta ayah mereka. Akim, Afiq dan Sarah tahu tentang hubungan percintaan kakaknya itu, namun mereka membantah perhubungan mereka kerana sikap Eddie yang tidak menyenangkan mereka.

Hisham (Aizat), rakan baik Sapura sejak kecil telah menyimpan perasaan terhadap Sapura. Hisham memang sayangkan Sapura namun, tidak pernah memberitahu Sapura. Hisham juga sangat rapat dengan atuk dan nenek Sapura. Pada suatu malam, di hari jadi Sapura, satu kejadian yang tidak disengajakan telah berlaku. Eddie telah tersasul menyebut nama ketika menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi.

Oleh kerana marah dengan kejadian itu, Sapura membawa dirinya ke kampung. Eddie juga turut pulang ke kampung Sapura untuk memujuk Sapura.
Namun, adik-beradik Sapura mempunyai rancangan lain untuk merosakkan hubungan mereka. Ini kerana, mereka merasakan Sapura lebih layak bersama Hisham.

_DSC0248

_DSC0552

_DSC0938

_DSC1003

_DSC1047

_DSC1279

_DSC1466

_DSC1485

_DSC1687

_DSC1887

_DSC1978

_DSC2146

_DSC2149

_DSC2510

_DSC3926

_DSC4957

_DSC9865

_DSC8260

_DSC8208

_DSC7348

_DSC6755

_DSC5976

_DSC5211


(HIBURAN) Zack Kapcai – filem komedi aksi terbaru keluaran MIG

$
0
0

13682345_1056407337780425_1496360497_oMIG Pictures tampil  menayangkan  filern ke-113  terbitannya  pada minggu  kedua  hari raya. Zack  Kapcai sebuah  filem  bergenre   komedi  aksi akan  menemui  penonton  di  pawagam   pada  14 July   2016.  Filem arahan bersama Azaromi  Ghozali dan Rosli Mohd Taib ini merupakan  sebuah filem yang mengandungi  elemen-elemen  komedi  dan aksi yang seimbang.

_DSC0432-tileMeletakkan    elemen    permotoran    sebagai    subjek   utama    namun    plot   penceritaannya     masih    lagi mengekalkan  elemen  komedi  sebagai perencah  utama dalam mencantikkan  filem ini. Elemen  permotoran dilihat tidak pernah  tenggelam  dalam  menjadi  subjek  utama tilem dan ini meyakinkan  MIG ianya mampu menjadi  trend dalam  menghasilkan  filem-filem  akan datang.  Disamping  itu, suntikan  sub-plot  yang begitu dekat dengan  masyarakat  seperti  elemen persahabatan, kekeluargaan, kasih-sayang serta percintaan juga  disampaikan  dalam bentuk yang bersahaja sedikit  sebanyak  mendekatkan  filem ini dengan  realiti kehidupan  yang sebenar.

_DSC1519

Zack   Kapcai  membariskan   pelawak  tempatan  yang terkenal  sebagai  peneraju  utama  filern  ini pastinya satu bonus dalam  memberi  elemen humor yang bersahaja  dan segar.  Fad Bocey,   Shuk  SYJ dan Rahim R2  sememangnya   terkenal   dalam  dunia   lawak  mereka   yang  tersendiri   pastinya   akan   mencuit   hati penonton  dengan  gaya  komedi  mereka  yang tidak perlu dipertikaikan   lagi.

_DSC0861-horzTurut  sama  menjayakan fielm ini adalah  Epy  Kodiang,   Shahfiez   yang terkenal  sebagai  “stunt  man” dalam  dunia  permotoran  dan juga Serina Redzuawan    yang  kini  mula  membuat  “comeback”   di dalam  dunia  lakonan.  Zack  Kapcai  turut memberi   peluang kepada  heroin yang mula meningkat  naik iaitu   Julia  Marin    sebagai   salah   seorang peneraju utama filem ini.

Untuk perkembangan   terkini  penerbitan  MIG, antara filem yang bakal  muncul  pada penghujung  tahun ini adalah  Volkswagen  Kuning (22 September), Dorm  Melati  dan  Hospital.

SINOPSIS

Sebuah  filem yang mengisahkan  tentang  lACK   (Fad  Bocey)  yang sangat  suka berlumba  motor.  Namun, minat  lack   ini ditentang  keras  oleh  ibunya,  MINAH  (Serina   Redzuawan).    Ini kerana  suami  Minah  iaitu ayah  kandung   Zack  juga  merupakan   Raja  Kapcai   suatu  masa  dahulu.  Kerana  gelaran   Raja  Kapcai itulah, rumahtangga  Minah dan RUDY berkecai.

_DSC0128-tile

Selepas   memenangi   Oistina,   motosikal   kesayangan    milik   ROY  (Shuk   SYJ),   Zack     dan   Roy   yang dahulunya  kawan  baik,  langsung  jadi musuh.  Sementara  itu, Minah  sudah  tak tahan  lagi dengan  aktiviti berlumba   Zack.    Dia  memarahi   Zack    dengan  sangat   teruk  sehingga   Zack    insaf  dan  berjanji   takkan merempit  dan  berlumba   lagi.  Namun,   segalanya   berubah  apabila   Zack   terjumpa   poster  lama  RUDY (Rahim  Sepahtu)  dan Minah dengan  kapsyen  “Raja  Kapcai  Akhiri   Zaman  Bujang”.   Zack  jadi  teruja bila mengetahui  bahawa  bapanya  sendiri adalah  Raja  Kapcai.  Zack   nekad  untuk  menjejaki   ayah  dan  adik  kandungnya  yang telah lama terpisah.

Dalam masa yang sama,  Roy yang  sudah  gila bayang  merindui  Oistina  dan terus  mencuri  motosikal  dari Zack.   Zack   berasa  kecewa  bagaimana  dia hendak  mencari  ayah dan adiknya  tanpa  kenderaan.  Semasa inilah Minah mengeluarkan   motosikal lagenda   Raja Kapcai yang selama  ini disorokkannya.  Zack  semakin teruja dan bersemangat  untuk meneruskan  misinya.

_DSC0512-horz

Di  pertengahan   jalan,   Zack    bertembung    dengan   Roy   yang  juga   ingin   ke   Kuala   Lumpur.   Mereka mengenang  kembali  persahabatan  lama  mereka  lalu berbaik  semula.  Rudy  dan  TASHA  (Julia   Marin) pula menjalani  hidup yang sederhana  di bandar.  Tasha  berkawan  dengan WAN  (Shahfiez   Rempit)  serta gang beliau, samseng  besar di kawasan  mereka. Apabila  Wan  membelasah  Rudy pada satu  malam.  Tasha mengamuk  dan  marahkan  Wan.  Wan  yang  sakit  hati  terus  bertindak  ingin  memperkosa   Tasha.  Tasha berusaha  melarikan  diri dan  bersembunyi   di rumah  sewa  Roy dan  Zack.  Perkenalan  yang  terjadi  tanpa diduga   itu  membuahkah    rasa  cinta  di  hati  Roy.  Esoknya,   Roy  menghantar   Tasha   balik  dan  Zack meneruskan  misinya  mencari  Rudy dan Tasha.

Apakah  kesudahannya?  Tonton filem Zack   Kapcai  di  pawagam   berdekatan dengan anda

 

(HIBURAN) KISAH CINTA TRAGIS DALAM ‘FANNA’

$
0
0

KUALA LUMPUR, 22 SEPTEMBER 2023 – Malam Gala Tayangan Perdana Filem Fanna yang dihasilkan khusus bagi memberi sokongan kepada industri filem tempatan. Filem yang diterbitkan oleh JAGUAR LIM FILMS ini membawa kelainan dengan mempamerkan aksi dunia pemotoran dalam kalangan wanita dan gangsterisme yang berkonsepkan mafia.

Filem yang diterbitkan oleh JAGUAR LIM FILMS & PRODUCTION (M) SDN BHD serta edaran METROWEALTH menzahirkan setinggi ucapan terima kasih dan menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL ( KKD ) MELALUI PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA ( FINAS ) ATAS DANA KANDUNGAN DIGITAL ( DKD ) demi memastikan FILEM FANNA dapat menemui penonton di pawagam dengan jayanya.

Pelakon hebat seperti Syafie Naswip, nama yang tidak asing lagi dalam Industri Filem Tanah Air teruja apabila dipilih sebagai peneraju utama dan bergandingan bersama Fify Azmi, pelakon wanita yang mempunyai kemahiran melakukan babak aksi. Filem ini turut menampilkan Colleen Rosanna Augustin, Rashid Salleh, Andy Black Tan dan ramai lagi.

Filem Fanna berkisarkan tentang Fanna, seorang gadis yang menghidap kanser, menemui cinta pertamanya dengan anak ketua kongsi gelap, Shafik. Malangnya cinta mereka mula berputik di penghujung nyawa Fanna apabila kansernya menyerang dengan lebih ganas. Shafik yang menyedari dia telah jatuh cinta kepada Fanna berusaha menyelamatkan diri daripada dibunuh akibat pergaduhan kongsi gelap yang tercetus. Keadaan menjadi lebih parah apabila Black, adik kepada ketua kumpulan saingan itu dibunuh sewaktu Shafik cuba menyelamatkan Fanna daripada diculik oleh Black. Menyedari bahaya yang menanti, Shafik dan Fanna melarikan diri ke tempat persembunyian di luar negara.

Pihak penerbit filem Fanna mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan yang diberikan secara langsung mahupun tidak langsung dari semua pihak terutamanya media cetak, media elektronik, rakan blogger, serta penggiat filem tempatan. Oleh itu, pihak penerbit menyeru semua penonton untuk menyaksikan filem Fanna di pawagam pada 28 SEPTEMBER 2023!

Sebarang        maklumat       lanjut,             sila      layari laman web     rasmi Filem Fanna             di https://fannamovie.com/

(HIBURAN) FILEM ‘SAZALI MEOR COCO’ TERBITAN AQUILA EMAS SDN BHD DITAYANGKAN DI ASIAN CONTENT & FILM MARKET BUSAN, KOREA.

$
0
0

Syarikat penerbitan filem & TV, Aquila Emas Sdn Bhd telah mengadakan tayangan perdana filem sulung terbitannya iaitu ‘SAZALI MEOR COCO’ bertempat di sebuah pawagam terkemuka di ibukota, malam tadi.

Menurut Encik Syarizan Md Isa, Pengarah Urusan Aquila Emas Sdn Bhd, filem ‘Sazali Meor Coco’ telah ditayangkan secara rasmi di Asian Content & Film Market (ACFM), Busan Korea pada 7 hingga 10 Oktober 2023 yang lalu bersempena dengan Busan International Film Festival.

ACFM memberi pendedahan kepada saya kepada trend, permintaan pasaran antarabangsa dan peluang usahasama dengan syarikat penerbitan dan pengedaran filem di luar negara. Lanjutan daripada itu beberapa siri perbincangan usahasama sedang dilaksanakan hingga hari ini” kata Syarizan Md Isa.

Pihak produksi AQUILA EMAS SDN BHD serta edaran METROWEALTH mengucapkan jutaan terima kasih dan menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD) melalui PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA (FINAS) atas DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD) yang telah dibelanjakan bagi memastikan filem ini berjaya dihasilkan seterusnya dapat menemui penonton di pawagam.

Filem sulung arahan Zizan Nin

Zizan Nin berpengalaman selama 25 tahun dalam bidang lakonan dan mengarah beberapa telemovie khas seperti A Christmas Hug, Papa Jinak Singa, Api Cinta Ramadan dan Opah Jangan Lupa, untuk siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM), akhirnya diberi kepercayaan untuk duduk di kerusi Pengarah filem ‘Sazali Meor Coco”.

Beliau merupakan pemenang anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Lelaki (Anugerah Skrin 2014) melalui filem ‘Tanda Putera’ dan Pelakon Harapan Lelaki (FFM ke-20) melalui filem ‘Cinta Terakhir’. Beliau yakin dengan bakat-bakat baru serta mempertaruhkan Syazani ZikryShahradhy, Iman Zulkarnain sebagai tunjang utama filem ini.

Menurut Zizan, filem ini memberi kepuasan kepada dirinya sebagai pengarah untuk berkarya disamping dapat mencungkil bakat-bakat baru yang berpotensi sebagai barisan pelakon pelapis di masa hadapan.

Filem ini mudah untuk difahami oleh para penonton dan konflik yang dipaparkan amat relevan dengan situasi masa kini iaitu ditindas disebabkan kurang ilmu dan pengalaman, kemiskinan bandar, penderaan kanak-kanak, orang gelandangan dan pempengaruh (influencer) menjadi popular disebabkan ledakan pengaruh media sosial” kata Zizan Nin.

 “Semoga para penonton berpusu menonton filem ini di pawagam kelak kerana ianya menghiburkan dan bersahaja” kata Syazani Zikry yang memegang watak Sazali

“Saya teruja kerana filem ini merupakan penampilan sulung saya di layar lebar.” Tambah Shahradhy pula yang memegang watak Meor

“ Selain daripada berlakon sebagai watak Coco, saya juga menyanyi empat buah lagu dalam filem ini.” Menurut Iman Zulkarnain yang memegang watak Coco  

Dalam majlis ini, tetamu turut diperdengarkan dengan enam buah lagu daripada “Digital Soundtrack Album Tetiber” termasuk OST “Tiga Raga” yang mendapat sentuhan an award winning komposer terkenal tanahair dan antarabangsa iaitu Zee Avi dan Sharon Paul.

Majlis ini turut mendapat tajaan JL99 Group, Megat Sharezman & Clean Slate Facial Bar bagi meraikan para tetamu yang hadir.

Aquila Emas Sdn Bhd mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Media Cetak dan Media Elektronik, Blogger, Influencer, Tiktoker, Youtuber, dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak untuk mempromosikan filem Sazali Meor Coco ini yang akan menemui penonton di seluruh pawagam pada 16 November 2023.

(HIBURAN) THE LORD MUSANG KING – gabungan produksi Malaysia dan Korea Selatan

$
0
0

KUALA LUMPUR : 19 DISEMBER 2023 – Selepas menjalani 21 hari Penggambaraan filem yang mengangkat usahasama antara industri perfileman tempatan bersama gergasi filem Asia iaitu Korea Selatan, filem berjudul THE LORD MUSANG KING akhirnya bakal menemui pencinta filem tempatan yang akan ditayangkan diseluruh pawagam tanahair mulai 21 Disember ini.

Pada Majlis Malam Gala, Tayangan Perdana Filem The Lord Musang King yang diadakan di GCS LALAPORT hari ini, ia bertujuan meraikan kejayaan kolaborasi pertama Malaysia dan Korea Selatan disamping menghargai sokongan seluruh industri perfileman tempatan untuk membawa lebih banyak lagi filem tempatan ke peringkat lebih tinggi.

Meskipun The Lord Musang King merupakan filem sulung terbitan HUNDRED YEARS POPCORN PRODUCTION SDN BHD yang dimiliki oleh Penerbit Muzik Veteran, Ong Peng Chu, namun pengalamannya selama 38 tahun dalam industri Muzik tempatan dan antarabangsa memberi keyakinan tinggi baginya untuk menceburi dunia perfileman yang dirasakan satu bidang yang seiring.

Filem Malaysia pertama arahan Pengarah dari Korea Selatan, Lee Moon Ho yang sebelum ink, terkenal dengan filem arahannya seperti My Way dan Underground Dragon King, berharap dapat diterima oleh pencinta filem negara ini sekaligus memberi sokongan dengan menontonnya dipawagam seluruh negara.

Filem ini juga mendapat sokongan daripada KEMENTERIAN KOMUNIKAS! DAN DIGITAL (KKD) melalui PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA (FINAS) menerusi DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD).

Filem yang menggunakan tiga bahasa iaitu Malaysia, Korea dan Inggeris ini mengangkat kisah Haikal, anak pekebun durian Musang King yang berjaya, namun diperdaya dan dipenjarakan. Demi menyelamatkan Haikal, bapanya, Samad membuat perjanjian dengan syarikat perdagangan antarabangsa untuk membebaskan anaknya. Namun, Samad dibunuh ‘taikun’ Korea Selatan ketika cuba membebaskan anaknya. Selepas menyedari kejadian sebenar, Haikal tampil menuntut bela atas kematian bapanya. Haikal berjaya menemui musuh dan pembunuh bapanya dengan bantuan rakan-rakannya dan akhirnya bekerjasama dengan pihak polis untuk membawa dalang pembunuhan ke muka pengadilan.

The Lord Musang King dibarisi dengan pelakon pelakon seperti Yusuf Bahrin, Fimie Don, Harissa Adtynn, Jay iswazir, Azri Sabri , Eddie Chow yang juga merupakan penerbit filem ini dan pelakon hebat Korea Selatan iaitu Kwak Donghyuk dan Kim Boyeon.

HUNDRED YEARS POPCORN PRODUCTION SDN BHD juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua media cetak, media elektronik, bloggers dan influencer termasuk mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan filem ini. Filem “The Lord Musang King” akan disiarkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 21 Disember 2023.

FACT SHEET

Terbitan :   Hundred Years Popcorn Production Pengedar: Metrowealth (MiG)

Penerbit:   Eddie Chow

Penerbit Eksekutif:   Ong Peng Chu

Pengarah:   Lee Moon Ho (Korea Selatan)

Judul:   The Lord Musang King

Genre:   Aksi

Pelakon Malaysia:   Yusuf Bahrin, Fimie Don, Harissa Adlynn, Eddie Chow, Jay Iswazir, Azri Sabri dan ramai lagi.

Pelakon Korea:   Kwak Donghyuk dan Kim Boyeon.

Tempoh Penggambaraan:   21 hari

Jumlah Pawagan:   71

Lokasi Penggambaraan:   Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang

Tarikh Tayangan:   21 Disember 2023

(HIBURAN) Tayangan Perdana Filem Banglo Seksyen 12

$
0
0

GSC LALAPORT BUKIT BINTANG KUALA LUMPUR, 23 JANUARI 2024 – Malam Gala Tayangan Perdana Filem Banglo Seksyen 12 yang dihasilkan khusus bagi memberi sokongan kepada filem tempatan diterbitkan oleh pelakon yang tidak asing lagi namanya dalam industri seni tanah air Malaysia iaitu Intan Ladyana. Beliau yang terkenal dengan lakonannya dalam filem-filem terkenal seperti Jangan Pandang Belakang dan Banglo Berkunci. Filem Banglo Seksyen 12 yang bakal menghantui peminat 25 Januari 2024 ini merupakan filem pertama terbitan Intan Ladyana.

Pihak produksi PRISMA PICTURES SDN BHD serta edaran METROWEALTH mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD) melalui PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA (FINAS) atas DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD) yang telah dibelanjakan bagi memastikan filem ini berjaya dihasilkan dan dapat menemui penonton di pawagam.

Dharma Nasution, pengarah bersama Intan Ladyana mempertaruhkan barisan pelakon yang tidak asing lagi di dalam industri tanah air seperti Intan Ladyana dan Mustaqim Bahadon sebagai tunjang utama Filem Banglo Seksyen 12 ini. Filem ini dibantu oleh barisan pelakon yang sedang meningkat naik seperti Hariz Hamdan, Silfeny Osman, Aniq Suhair, Faez Malek, Farah Yasmin, Faris Fitri dan ramai lagi.

Filem Banglo Seksyen 12 mengisahkan tentang pembunuhan misteri sekumpulan remaja pada tahun 2006 di sebuah banglo menjadi lokasi kegemaran kumpulan paranormal untuk membuat penggambaran sebagai kandungan di platform digital mereka.

Prisma Pictures Sdn Bhd mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua media cetak dan media elektronik, bloggers, influencer termasuk mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan filem ini.  

FACT SHEET
Terbitan : Prisma Pictures Sdn Bhd
Pengedar : Metrowealth (MiG)
Penerbit : Syed Muhamad Izzudin Syed Akil
Dharma Nasution
Penerbit Eksekutif : Intan Ladyana
Pengarah : Dharma Nasution
Intan Ladyana
Judul : Banglo Seksyen 12
Genre : Seram
Pelakon : Intan Ladyana, Mustaqim Bahadon, Hariz Hamdan, Silfeny Osman, Aniq Suhair, Faez Malek, Farah Yasmin, Faris Fitri dan ramai lagi.

 

(HIBURAN) FILEM JANGAN PANDANG BELAKANG… AKU TAHU ASAL USULMU…

$
0
0

PETALING JAYA, 19 Februari 2024- Metrowealth International Group (MIG) bakal menerbitkan sebuah filem sekuel seram iaitu JANGAN PANDANG BELAKANG 2 “AKU TAHU ASAL USULMU” kesinambungan dari filem yang pernah menjadi fenomena filem seram BOX OFFICE pada 2007 iaitu JANGAN PANDANG BELAKANG.

Menurut penerbit filem terkenal, David Teo mengatakan keputusan untuk menerbitkan filem Jangan Pandang Belakang 2 ini selepas beliau melalui pengalaman mistik yang menyerang dirinya secara peribadi. Disebabkan itu, beliau terus mendapat ilham untuk berkongsi pengalaman beliau kepada penonton melalui sebuah filem dan memilih untuk menjadikan filem fenomena seram Jangan Pandang

Belakang (2007) dijadikan sebagai platform penceritaan dengan harapan dapat menjadikan filem sekuel ini sebagai satu gelombang fenomena seperti 17 tahun dahulu.

PIERE ANDRE yang digelar sebagai pengarah KING OF HORROR menjadi pilihan pertama penerbit kerana yakin pemilik idea asal dan penulis skrip filem fenomena ini dapat merealisasikan keseraman yang semulajadi di dalam filem kerana beliau memiliki kelebihan untuk melihat dan merasai perkara mistik.

Filem Jangan Pandang Belakang 2 ini dibarisi oleh EMMA MAEMBONG, IEDIL DZUHRIE ALAUDIN, MAWAR RASHID, ALIF HADI, KHATIJAH TAN, RUMINAH SIDEK, HAFIDZUDDIN FAZIL, CAT FARISH, KEL NARINA dan ramai lagi.

Filem ini merupakan kisah kesinambungan saka keluarga Opah yang mencari tuan baharu untuk didampingi. Namun, ada sesuatu yang menghalang dan membawa pelbagai kejadian menyeramkan.

Untuk record, Filem Jangan Pandang Belakang pernah mencatat fenomena filem terseram di Malaysia pada tahun 2007 dimana filem ini telah menempa sejarah dalam industri perfileman negara setelah mendapat kutipan tiket filem melayu tertinggi di Malaysia sebanyak RM 6.33 Juta dan kutipan mencecah RM 7.4 Juta dan telah merangkul anugerah BOX OFFICE dalam Festival Filem Malaysia ke-20.

Filem ini bakal memulakan penggambaran pada 20 Februari 2024. Dalam perkembangan lain, Metrowealth International Group (MIG) juga telah siap penggambaran dan menunggu tarikh tayangan bagi EMPAT FILEM lain iaitu CHEONGSAM MERAH DARAH, NGESOT, CITRA APARTMENT dan PONTIANAK 200KG.

(HIBURAN)  Malam Gala Tayangan Perdana Filem Ngesot

$
0
0

Malam Gala Tayangan Perdana Filem Ngesot yang dihasilkan daripada dana DKD FINAS membawa tema “Survival Thriller”. Filem terbitan KASH PICTURES SDN BHD bertema “Survival Thriller” ini diilhamkan dari kisah benar, Nicholas Andrew, seorang penjawat awam Askar Wataniah yang mengharungi pelbagai kesusahan menyelamatkan dirinya dan juga rakannya selepas terlibat dalam satu kemalangan yang parah dan terperangkap dihutan selama beberapa hari. Kisah benar ini berlaku pada tahun 2014 di Tapah, Perak apabila kereta yang dipandunya terjunam ke dalam sebuah gaung. Tanpa makan dan minum selama 4 hari dan bersertakan luka yang penuh seluruh badan, beliau terpaksa mengesot di hutan tersebut dan berdepan pelbagai rintangan dan binatang buas untuk menyelamatkan dirinya.

Watak ini dilakonkan oleh pelakon popular Zul Huzaimy yang membawa watak Syazwan seorang lelaki yang memiliki semangat juang tinggi dan berjiwa besar, terpaksa berdepan dengan kesukaran selepas dia kemalangan dan terjunam di dalam hutan bersama rakan baiknya Syazwan. Sementara itu, isteri dan adik Syazwan, iaitu Nisa dan Suria melakukan yang terbaik untuk mencari mereka.
Bolehkah Syazwan menyelamatkan dirinya?

Pihak produksi KASH PICTURES SDN BHD serta edaran METROWEALTH mengucapkan jutaan terima kasih dan menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh
KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD) melalui PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA (FINAS) atas DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD) yang telah diberi bagi memastikan filem ini berjaya dihasilkan seterusnya dapat menemui penonton di pawagam.

KASH PICTURES SDN BHD mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua media cetak dan media elektronik, ‘bloggers’, ‘influencers’, Tiktokers, Youtubers dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak untuk mempromosikan filem Ngesot ini yang akan menemui penonton di seluruh pawagam yanah air bermula 09 Mei 2024.

FAKTA FILEM
Dihasilkan oleh : Kash Pictures Sdn Bhd
Penerbit : Prakash Murugiah, Mynn Lee
Diterbitkan Bersama : Temasek Studios
Teo Jason
Pengedar : Metrowealth (MiG)
Penerbit Bersama : Teo Jason
Pengarah : Ayez Shaukat
Judul : NGESOT
Genre : “Survival Thriller”
Pelakon Malaysia : Zul Huzaimy , Sharifah Sakinah, Luqman Hafidz, Khir Rahman,
Zakaria Zahid, Erynn Abdullah Dan Ramai Lagi..
Tempoh Penggambaraan: 14 hari
Jumlah Pawagam : 47
Lokasi Penggambaraan : Hutan Gombak , Kuala Lumpur
Tarikh Tayangan : 09 Mei 2024


(HIBURAN) MAJLIS TAYANGAN PERDANA FILEM PONTIANAK 200KG FILEM KOMEDI PALING BERAT ABAD INI!

$
0
0

DADI PAVILION, KUALA LUMPUR, 3 SEPTEMBER 2024 – Primeworks Studios dan Metrowealth dengan bangganya mempersembahkan filem terbaru, Pontianak 200KG, sebuah kesinambungan yang dinantikan daripada telefilem popular Pontianak 100KG. Selepas kejayaan luar biasa Pontianak 100KG dan menjadi pilihan nombor 1 di Tonton, filem ini dihasilkan untuk menghiburkan penonton dengan penceritaan yang lebih menarik dan lebih lucu, sekali gus memperlihatkan kemajuan industri perfileman tempatan melalui kerjasama yang erat antara produksi.

Pontianak 200KG diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan menampilkan Aya Amiruddin sebagai teraju utama bersama Dottie. Ini merupakan filem pertama di mana Aya Amiruddin diberi peranan utama, satu tanggungjawab besar yang pastinya dinantikan oleh peminatnya. Filem Pontianak 200KG menampilkan barisan pelakon hebat seperti Ziana Zain, Ropie, Niezam Zaidi, Wanns Ahmad, serta pelakon-pelakon lain seperti Malia Baby dan Shaf Naufas. Filem ini juga memperkenalkan Apich Lo sebagai salah satu watak utama, serta penampilan istimewa primadona Ziana Zain, yang pasti akan menjadi tumpuan setelah lama tidak beraksi di layar perak.

Filem ini mengisahkan tentang Kampung Terbalik menjadi mangsa serangan Pontianak Melati dan Pontianak Mewangi yang mencari makanan kerana sentiasa kelaparan. Keadaan menjadi lebih huru-hara apabila penduduk kampung menyangka mereka adalah pontianak yang menghisap darah hingga menyebabkan ramai penduduk kampung koma! Kemunculan Bilal, lelaki ala Korea telah membuatkan Pontianak Melati dan Pontianak Mewangi jatuh cinta dan mula bersaing untuk menarik perhatian Bilal. Namun keadaan masih belum reda dan penduduk kampung masih menjadi mangsa serangan pontianak. Pak Akad, selaku ketua kampung menjadi semakin buntu untuk menghentikan jumlah penduduk yang semakin ramai koma.

Proses penggambaran filem Pontianak 200KG telah dijalankan dengan teliti, dengan kebanyakan lokasi penggambaran bertempat di Ijok. Lokasi ini dipilih untuk memberikan latar yang tepat, sesuai dengan elemen seram komedi yang dihidupkan dalam filem ini.

Runut bunyi filem Pontianak 200KG ini juga adalah hasil kerjasama dengan Shiha Zikir Empire dan menampilkan buat pertama kalinya Aya Kamaruddin dalam dunia nyanyian. Lagu tema filem ini berjudul, “Naik Hantu,” yang dicipta sepenuhnya oleh Iqie Hugh, Shazriq Azeman, dan Omar K, bakal menjadi daya penarik yang memikat hati penonton. Dinyanyikan oleh Shiha Zikir dan Aya Amiruddin, telahpun dilancarkan di semua pelantar digital sejak 24 Julai 2024, manakala versi rock oleh Buck dan Awas akan menyusul pada 15 Ogos 2024. Pastikan anda tidak terlepas untuk menyaksikan muzik video “Naik Hantu” di YouTube Alternate Records & Talent tidak lama lagi. [Quotes Pn Nini] “Pontianak 200KG merupakan hasil kerjasama menyeluruh antara Primeworks Studios dan Metrowealth, bertujuan untuk memperkayakan lagi genre dalam industri perfileman Malaysia. Dengan membawa elemen seram komedi yang segar, kami bukan sahaja menawarkan pengalaman baharu yang menghiburkan kepada penonton, tetapi juga membuka peluang bagi bakat-bakat baru untuk menyerlah dan berkembang dalam industri ini. Kami yakin bahawa usaha ini akan terus memacu perkembangan landskap perfileman tempatan, kata Nini Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios.

David Teo turut menambah, “Filem ini adalah bukti komitmen kami untuk terus menyajikan kandungan berkualiti tinggi yang sesuai untuk seisi keluarga. Kami berharap Pontianak 200KG akan mendapat sambutan hangat , seterusnya mengukuhkan lagi kedudukan filem komedi seram dalam industri perfileman tempatan.”

“Alhamdulillah, filem Pontianak 200KG merupakan permulaan bagi saya dan saya bersyukur telah diberikan kepercayaan oleh Primeworks Studios serta Metrowealth kerana meletakkan serta memilih saya sebagai pengarah bagi filem ini. Mengarah sesebuah filem merupakan salah satu impian saya dan saya berterima kasih kerana telah diberikan peluang itu. Filem Pontianak 200KG merupakan sebuah filem penanda aras buat saya untuk terus mengarah filem yang memberi hiburan dan manfaat kepada orang ramai.” Shuhaimi Lua.

Pontianak 200KG membawa kisah yang unik di mana Pontianak yang “comel” menjadi watak utama. Berbeza dengan stereotaip biasa, Pontianak dalam filem ini hanya lapar dan suka mengusik orang kampung dengan mencuri makanan mereka, menjadikan watak ini lebih mesra dan menghiburkan. Dengan tagline “FILEM KOMEDI PALING BERAT ABAD INI,” yang akan akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei mulai 5 September 2024.

Pontianak 200KG akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 5 September 2024 dengan pembukaan 75pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem yang pasti akan mencuit hati anda ini!

(HIBURAN) Majlis Tayangan Global dan Fiesta Durian Filem Jangan Pandang Belakang 2 Aku tahu Asal Usulmu…

$
0
0

METROWEALTH, PJCC , 25 September 2024 –Majlis Pelancaran Tayangan Global & Fiesta Durian Filem Jangan Pandang Belakang 2 Aku Tahu Asal Usulmu… disambut meriah dengan kehadiran Para Media dengan Gimik Pelancaran Di Sebalik Tabir Pembikinan FilemJangan Pandang Belakang 2 Aku Tahu Asal Usulmu… dan Pelancaran Tayangan Global dimana filem ini bakal ditayangkan di 14 buah Negara termasuk :

  1. Malaysia
  2. Singapura
  3. Myanmar
  4. Brunei
  5. Laos
  6. Thailand
  7. Rusia
  8. Indonesia
  9. New Zealand
  10. Cambodia
  11. Turkey
  12. Phillipine
  13. Australia
  14. Vietnam

sekaligus mencatatkan rekod FILEM PERTAMA yang ditayangkan bukan sahaja di Asia Tenggara malah di seluruh dunia. Majlis ini turut diserikan lagi dengan Fiesta Durian yang disediakan untuk para media dan tetamu sejurus selepas majlis ini tamat.

Menurut penerbit David Teo, selepas kecemerlangan Jangan Pandang Belakang di enam negara di Asia Tenggara, kini beliau ingin mengulangi kejayaan dengan melebarkan sayap filem ini ke seluruh dunia dan seterusnya mengembalikan fenomena filem seram Malaysia. Beliau juga mahu berterima kasih kepada rakan media yang tidak pernah putus asa dalam memberi sokongan kepada beliau sepanjang pembikinan filem ini dari proses awal sehingga kini. David Teo turut menambah, beliau berharap agar sokongan dari pihak media berterusan agar mampu menarik lebih ramai penonton ke pawagam pada 21 NOVEMBER 2024 nanti.

Sebagai makluman, filem Jangan Pandang Belakang 2 ini dibarisi oleh EMMA MAEMBONG, IEDIL DZUHRIE ALAUDIN, MAWAR RASHID, ALIF HADI, KHATIJAH TAN, RUMINAH SIDEK, HAFIDZUDDIN FAZIL, CAT FARISH, KEL NARINA dan ramai lagi.

Filem ini merupakan kisah kesinambungan saka keluarga Opah yang mencari tuan baharu untuk didampingi. Namun, ada sesuatu lain yang menghalang dan membawa kepada pelbagai kejadian menyeramkan.

Dalam perkembangan lain, Metrowealth International Group (MIG) juga telah siap penggambaran dan menunggu tarikh tayangan bagi DUA (2) FILEM lain iaitu, DAJAL (SATU MALAM DIPEDAJAL) dan CITRA APARTMENT yang bakal menemui penonton pada tahun 2025.

(HIBURAN) JANGAN PANDANG BELAKANG …AKU TAHU ASAL USULMU

$
0
0

19 November 2024, GSC The Starling Mall, Petaling Jaya – Majlis Malam Gala Filem Jangan Pandang Belakang … Aku Tahu Asal Usulmu disambut meriah dengan kehadiran rakanmedia, blogger, influencer dan para tetamu jemputan. Majlis yang diadakan secara besar besaran ini merupakan satu signifikan COMEBACK MIG selepas 7 tahun menyepi dalam menerbitkan filem dengan judul terakhirnya Kolestrol VS Cinta. Meskipun perlu mengambil masa yang lama, CEO MIG, David Teo menjelaskan beliau perlu mengambil kira dari segala aspek sebelum kembali aktif dan menemui kecemerlangan seperti dahulu.

Setelah meneliti secara mendalam, akhirnya David Teo selaku penerbit mendapat keyakinan untuk kembali melalui filem Jangan Pandang Belakang… Aku Tahu Asal Usulmu sebagai simbolik kembalinya MIG ke industri perfileman Malaysia.

Filem Jangan Pandang Belakang … Aku Tahu Asal Usulmu diberi nafas baharu dengan mempertaruhkan Pierre Andre sebagai pengarah yang pernah digelar sebagai King Of Horror. Beliau kembali selepas 10 tahun menyepi dengan sentuhan magis yang membawa kelainan bagi sebuah filem seram tempatan.

Sebagai makluman, Filem Jangan Pandang Belakang … Aku Tahu Asal Usulmu bakal ditayangkan di 14 buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia, Cambodia, Philippine, Myanmar, Vietnam, Laos, Rusia, New Zealand, Turkey, Australia. Tayangan di 14 buah negara ini sekaligus merupakan suatu rekod baharu yang dianggap baik dan menakjubkan bagi industri perfileman Malaysia.

Filem Jangan Pandang Belakang … Aku Tahu Asal Usulmu ini dibarisi oleh EMMA MAEMBONG, IEDIL DZUHRIE ALAUDIN, MAWAR RASHID, ALIF HADI, KHATIJAH TAN, RUMINAH SIDEK, HAFIDZUDDIN FAZIL, CAT FARISH, KEL NARINA dan ramai lagi.

Filem ini merupakan kisah kesinambungan saka keluarga Opah yang mencari tuan baharu untuk didampingi. Namun, ada sesuatu yang menghalang dan membawa pelbagai kejadian menyeramkan.

Dalam perkembangan lain, MIG juga telah siap penggambaran dan menunggu tarikh tayangan bagi Dua FILEM lain iaitu, Dajal “ Satu Malam di peDajal “ dan CITRA APARTMENT yang dijangka akan menemui penonton pada awal tahun 2025.

Viewing all 18 articles
Browse latest View live